By:Reena
PERNAHKAH anda melihat seseorang dengan keseluruhan saiz leher yang lebih besar daripada biasa? Kadangkala ada juga individu mengalami benjolan di bahagian tertentu di leher.
Bengkak atau benjolan di leher bukan saja menjejaskan penampilan, tetapi juga memberi kesan kepada kesihatan. Ini kerana ia berkemungkinan petanda seseorang itu mengalami penyakit tiroid akibat pembesaran kelenjar tiroid.
Kelenjar tiroid di bahagian depan leher mengeluarkan hormon dan antara hormon terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3) yang mengawal kadar metabolisme badan.
Namun, pengeluaran hormon tiroid yang terlebih (hyperthyroidism) atau kurang (hypothyroidism) menyebabkan terjadinya tiroid.
Banyak faktor menjadi punca penyakit tiroid. Antaranya ialah kekurangan iodin dalam makanan yang perlu bagi penghasilan hormon tiroid.
Sel tiroid satu-satunya sel dalam tubuh manusia yang dapat menyerap iodin daripada makanan yang dicerna. Kelenjar tiroid akan membesar dalam usaha menambah pengeluaran hormon.
Ada tiroid dipanggil Autoimmune Graves Disease (penyakit Graves) iaitu bengkak disebabkan gangguan autoimun yang membawa kepada pengeluaran berlebihan daripada kelenjar tiroid. Hormon yang keliru menyerang pertahanan tubuh diri sendiri.
Di Malaysia, kes tiroid lebih banyak berpunca daripada penyakit Graves. Penyakit Graves menyebabkan kelopak mata tertarik ke dalam dan mata putih di bahagian atas boleh dilihat dengan jelas.
Kadangkala, ada pesakit mengalami bengkak di sekeliling mata, sekali gus merubah wajah asal. Ada masalah tiroid disebabkan baka atau keturunan tetapi kes seumpama itu tidak banyak.
Individu berusia 40 tahun ke atas dan wanita lebih terdedah kepada risiko penyakit tiroid. Kadangkala, penyakit tiroid dialami wanita hamil kerana lebih banyak hormon tiroid diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan.
Bagaimanapun, bengkak itu bersifat sementara dan akan hilang selepas wanita melahirkan anak.
Bengkak di leher terlalu besar tidak boleh dipandang remeh kerana dikhuatiri kanser tiroid. Dalam keadaan serius, kanser tiroid menyebabkan seseorang itu sukar bernafas kerana bengkak berkenaan menghalang saluran pernafasan.
Bengkak keseluruhan pada leher tidak begitu membimbangkan, tetapi jika bengkak yang muncul tidak sekata, ia perlu diberi perhatian kerana sel bertukar menjadi lebih aktif dan menjadi tiroid nodul.
Pemeriksaan ultra sound boleh menentukan sama ada bengkak berkenaan nodul atau sebaliknya. Rawatan dijalankan dengan menyedut sel nodul dengan jarum kecil.
Ujian darah dilakukan bagi memastikan sama ada hormon terlalu tinggi atau rendah.
Jika bengkak terlalu lama, hormon tiroid akan menjadi rendah, misalnya tiroid itis (jika bertahun-tahun). Kekurangan hormon tiroid dalam tubuh akan diatasi dengan pengambilan ubatan.
Menurutnya lagi, kebanyakan kes penyakit Graves atau thyroiditis akan dirawat dengan pengambilan ubat bagi mengurangkan atau menambahkan pengeluaran hormon, manakala pesakit yang diserang kanser tiroid akan dibedah.
Punca:
![]() |
| JENIS TIROID |
Gejala hyperthyroidism:
Gejala hypothyroidism:
Jadi, jika anda ibu menyusu & mempunyai masalah tiroid samaada hypertiroid atau hypotiroid, anda perlu mengambil tahu dan mengambil kisah suplemen mana yang boleh dan tidak boleh anda ambil kerana pengambilan sesetengah suplemen boleh memburukkan lagi tahap kesihatan anda.
Suplemen Shaklee berikut boleh diambil tidak kira sama ada anda mempunya hyper atau hypo tiroid.
- B complex
- Vitamin C (500mg atau 100mg)
- Vitamin E
- Ostematrix (kalsium magnesium)
- zinc
- Boleh ambil ESP - Soy Protein Isolate powder
- Tidak boleh ambil vitalea with iron formula
- Tidak boleh ambil alfalfa complex
Bagi anda yg mempunyai hypotiroid
- Boleh ambil Vitalea with iron formula
- Boleh ambil alfalfa complex
- Tidak boleh ambil ESP - Soy Protein Isolate powder
Jom cegah masalah tiroid anda supaya tidak menjadi semakin serius.
Lawati saya dalam laman sosial facebook untuk info dan promosi terkini dan dapatkan harga istimewa dengan diskaun hebat. Tak lupa juga hadiah percuma dan konsultasi berterusan..:)
Nak mendaftar menjadi ahli Shaklee pun sangat dialu-alukan. Yuran keahlian hanya RM65 seumur hidup..murah kan..?? Dengan menjadi ahli Shaklee, anda boleh membeli produk Shaklee dengan harga ahli (sama seperti harga yang saya beli !! RM65 untuk seumur hidup, mahal ke?).. Dan anda berpeluang juga menambah pendapatan sendiri. Jom sama-sama menjadi muslimah jutawan! Bila kita ada lebih, barulah boleh bagi lebih untuk pembangunan umat. InsyaAllah... untuk mengetahui bagaimana nak join Shaklee like page saya di Facebook/healthyreena
Anda Berminat??Jom hubungi saya sekarang juga.
Rosmalina (reena)
ID Shaklee: 970753
FB:Healthyreena
SMS/Whatsapp: 012-2141794
COD: PUCHONG
Pos di semua tempat di semenanjung Malaysia, Sabah Sarawak.
COD: PUCHONG
Pos di semua tempat di semenanjung Malaysia, Sabah Sarawak.
Ya Allah ya tuhanku, permudahkan lah urusanku..permudahkan lah..jangan disulitkan
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh @ mencegah sebarang jenis penyakit

No comments:
Post a Comment